My lil Faris's Growth

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, August 25, 2012

Alahai cik sue..SELAMAT HARI RAYA

           Salam untuk semua...haishh lame nye xjenguk blog ni..hampir setahun... busy bebenor nmpk nye.."SELAMAT HARI RAYA ,MAAF ZAHIR BATIN"..dh seminggu sambut raya..mood raya ade lg ke??? skrg ni busy nk sambut org baru lak ....hehhee glad to say that " I'm a mummy to be"... skrg ni dh 7 bulan..2 bulan lg...tak sabar rase nye..My preparation nk sambut baby ni akn diceritakn next entry..kalu cik sue rajin la..hehe.
         So,arii ni kte cerita pasal raya la..tahun ni cik sue sambut raye ala kadar jer..cume tahun ni dpt blk kg beraya..tp bkn kg cik sue kt traganu...kg my hubby kt lgkawi..best x raye kt langkawi  ni..hehe..jwpn nye  "TAK BEST" nape xbest sbb xdpt blk kg kte..xdpt jumpe ma n ayah kte la.. so  ape2 pn cik sue tetap terima ape2 keadaan skali pn..sbb cik sue nk jdik isteri yg solehah..taat kpd en. suami....lalalaaa..
Jgn sedih cik sue..next week  cuti merdeka kte blk kg kt traganu lak..hehe..my baby xsbr nk jumpe tok ma n tok ayah dia...smoga semua nye nnt berjalan baaik..smoga Allah permudahkan perjalanan kami...SELAMAT HARI RAYA: : :

Sunday, October 2, 2011

Pengakuan Seorang SUAMI Mithali!


Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau menggilai seperti puntianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…

Jika isteri saya tidak berada di rumah, rumah boleh jadi porak peranda.
Memang betul, jika isteri ada dirumah kepala selalu pening dan berserabut apalagi jika tim...e tu saya kebetulan bercuti. Kalaulah waktu itu, si dia tak ada kat rumah alangkah tenteramnya. Boleh buat apa yang saya suka. Boleh berlingkar depan tv tanpa sebarang gangguan mental dan fizikal. Pendek kata, bebaslah.

Tapi hairan, apabila isteri betul-betul tak kat rumah, saya pula terasa separuh mati. Sehari dua memang syok , tak dengar suara jeritan dari dapur minta tolong, tak ada orang nak kritik, semuanya berjalan dengan tenang. Tapi masuk hari ketiga, saya terasa sesuatu yang hilang. Lebih-lebih lagi bila tuala dah berbau masam… tak tahu nak cari yang bersih, ubat gigi habis, tak tahu di mana dia simpan stock.

Masuk hari keempat, rindu mula terasa. Walaupun kat pejabat ramai gadis cun melecun tapi wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh nikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Walaupun dia tak secantik artis tetapi senyumnya ikhlas, sentiasa lekat di hati dan sukar cari pengganti.

Apabila rindu mencengkam, semua tak tentu arah , cerita tv dah tak best lagi.

Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun dengan baju kotor, seluar dalam bersih dah habis dipakai. Tandas dah mula licin berdaki….lantai dah berbelak, tak di mop…. Setiap malam keseorangan, baring di katil, tengok siling.

Bila keseorangan begini baru rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri tak ada kat rumah, saya dah terasa separuh pengsan.

Jadi, para suami jangan buli isteri kita. Kalau boleh tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan tv setiap hujung minggu dan baca akhbar. Mereka bukan orang gaji kita. Mereka isteri kita, kawan baik kita dan buah hati kita.Hargailah isteri anda..

Ingat!! duit hantaran yang kita bagi masa nikah dulu cukup ke nak bayar gaji dia seumur hidup?

Friday, August 5, 2011

Keluhan kaum wanita...JOM BACA..

Duhai wanita, jangan engkau mengeluh dan bersedih
Salam n hepy weeked..ari ni xpyah gi skolah, yahuuuu..so, rajin ckit la update belog..entri ni Cik Sue tulis setelah baca dari satu belog..pagi2 selepas sahur xbley tido, wat blog walking n jumpe reading material ni..very nice..saje nk share ngn kwn2..bley dijadikan renungan bersama...smoga kite smua mendapat keberkatan dan menjadi muslim SEJATI...jom baca...

FULL CREDIT TO:: ANIZA ARIFFIN =) Cik Sue don't really know her, but i do pray for her coz she's willing to share this article to everyone...May Allah SWT grant her beautiful jannah =)...ameen..tqvm


** Kaum feminin / hawa cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog di bawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar ke mana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”


berharap menjadi muslimah sejati
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, itu namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau.


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai.
Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...


Wanita cantik, melukis kekuatan pada masalahnya Dia tersenyum saat tertekan Tertawa di saat hati sedang menangis. Memberkati di saat terhina.. Dan mempesona kerana memaafkan Wanita cantik, mengasihi tanpa marah Dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan SubhanAllah.... Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup Adakah lagi subuh esok... Untuk ku bernafas dan sujud mengabdi pada-Mu Berikan daku kesempatan menebus kesalahan Lantaran dosa dan noda krn sengaja melupakanMu Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku Rahmat kasihMu Tuhan ampunan-Mu ku damba.."
"Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika"** tamat

Wednesday, August 3, 2011

Aku Rindu Kamu...miss U...

sesungguhnya aku amat merindui kamu...

Pada pandangan kita rindu itu adalah perasaan yang kita rasa di dalam hati pada seesorang.
Rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga.Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh Syarak.Bukanlah semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.
Rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahawa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram."
“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.